keep smiling
Hai. Welcome to my smiling blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :)




100% COPYRIGHT BY NADHIRAHMOHAMED
Powered by Blogger.
kehidupan :)



Assalamualaikum..

Bertatih. Berjalan. Berlari. Rebah. Tersungkur. Bangkit. Kembali berlari.

Dalam hidup aku ni aku bermula dengan bertatih. Masa tu semua benda aku bergantung kepada Puan Umi dengan Enchek Papa. Hatta panties aku pun Puan Umi yang belikan. Dulu, kalau Puan Umi beli panties yang ada corak bunga-bunga memang aku mengamuk ah. Apa kelas pakai bunga-bunga. Aku bukan minah bunga mahupun baby pink yang layan bunga-bunga itu. Aku hanya kenal bunga kertas. Tu pun sebab aku pelik kenapa bunga tu tak digunakan semasa aku masuk tadika. Tak payah membazir beli buku bagai, ambik je depan rumah aku. Oh ye, berbalik kepada bertatih. Masa zaman sekolah rendah dulu, semua keputusan di tangan Puan Umi, dengan sape aku berkawan, dengan sape aku bercinta. Bercinta? Hahaha, lawaklah kalau sekolah rendah pun bercinta. Tapi, yang pentingnya memang kuasa veto di tangan Puan Umi, aku hanya menurut. Dengan sebab itu jugalah aku membesar dengan penuh kesopanan. Hahaha.

Bila dah besar sikit lagi, aku mula belajar berjalan. Puan Umi dan Enchek Papa hanya melihat dari belakang. Masa aku form 1 aku masuk MRSM. Masa tu dah pandai beli panties sendiri. Tapi sebelum pergi kedai mesti kol Puan Umi tanya aku pakai saiz berapa. What the h***. Masa tu jugaklah baru aku tau yang panties ni ada berbagai jenis saiz. Jakun betul. Hahaha. Aku belajar berdikari selama 5 tahun dekat sana. Puan Umi dah tak buat sebarang keputusan sendiri. Dia dah mula minta pendapat aku. Masa tu memang rasa macam orang besar lah sebab dah boleh buat keputusan sendiri. Walaupun, kebanyakan keputusan yang aku buat akan dibangkang sekeras-kerasnya oleh Puan Umi. Baik tak payah ajak aku bebincang. Hampeh. At least, waktu ni aku cuma dikawal, bukan dikongkong.

Masa aku masuk form 4, aku mula berlari. Segala keputusan di tangan aku. Aku bebas buat apa yang aku inginkan. Enchek Papa dan Puan Umi melihat dari jauh. Masa tu ibaratnya kalau diorang panggil nama aku guna speaker pun aku tak dengar, maklumlah tengah berlari kan. Aku semakin lalai. Masa tu aku rasa dah cukup dewasa. Matang. Tak perlu dengar nasihat orang. Masa tu aku cuma fikir kalau Pmr aku boleh buat, takkan Spm aku tak boleh kan. Lalai. Sampai aku form 5. Aku masih tak sedar. Enchek Papa dan Puan Umi hanya mampu menggeleng.

Spm. Aku mula tau apa maksud rebah. Buka je kertas exam, mata aku mula berpinar. Aku pening. Apakah ini? Aku hanya mampu tersenyum. Mataku pejamkan. Terlelap. Memang sume paper lah aku buat camtu. Masa tu rasa sakit sangat. Sakit bila tengok orang lain keluar dewan senyum-senyum, kalaulah masa tu aku takde iman, memang makan pelempang jawabnya diorang. Ada ke patut keluar dewan sengih-sengih, kau ingat soalan tu senang ke? Waktu tu baru aku tau, aku dah rebah.

Result Spm. Tersungkur. Waktu aku tau result Spm aku, serasa ingin ku lari ke bawah ketiak Puan Umi, menahan malu. Aku tak kisah masa tu Puan Umi dah mandi ke belum. Macamlah tak biasa. Masa aku tersungkur, Semua orang jauhkan diri, hanya Puan Umi dan Enchek Papa yang datang dekat aku, tarik tangan aku untuk bangun. Lemah. Longlai. Aku tak mampu untuk berdiri. Aku lihat mereka ketawa. Mengejek. Ku tundukkan wajah. Terduduk. Enchek Papa dan Puan Umi tak habis-habis menggamit aku untuk bangun, kembali berlari. Keputusan telah dibuat.

Sekarang aku kembali berlari. Biarlah tempang asalkan aku sampai ke penamat. Aku ketinggalan jauh ke belakang. Tapi aku mampu berlari dengan senyuman kerana aku tau Enchek Papa dan Puan Umi turut berlari bersama aku. Menahan aku dari tersungkur.