![]()
Hai. Welcome to my smiling blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Powered by Blogger.
|
The Conjuring :)
![]() ![]() Assalamualaaikum.. Masa aku nak hupdate blog ni baru aku perasan yang aku kurang layan citer kat tv semenjak-dua menjak ni. Sebabnya, aku perasan yang semakin banyak drama cintan-cintun, tangkap leleh yang buat orang lelaki macam " kau tengok tak SSID semalam? Sedih giler weh, sampai nangis aku kau tau.." Dan aku yang memang tak layan drama lebih-lebih lagi yang memerlukan penghayatan jiwa halus yang paling dalam hanya boleh bereaksi " Hah! Apa tu? CSI terbaru eh? ". Tapi tiba-tiba, atau bahasa ompotihnya suddenly, aku TERtengok dekat twitter pasal citer The Conjuring ni. Memang banyak lah manusia sejagat yang hupadate pasal citer ni, tengok wayang lah, tengok kat rumah lah, tengok masa tooooooooooottt lah. Lepas tu pulak sibuk cakap citer ni seram giler sampai nak ke tandas pun kena berteman bagai. Apa ke bangangnya hang pi nengok citer hantu sampe nok pi tandaih pun takut? Baiklah hang nengok citer Tanah Kubur bia sedaq sikit kat akhirat nun. Tapi tak pa, sekurang-kurangnya hang dah bukak sikit pintu hati aku ni nak nengok citer ni. Selepas dugaan dan cabaran dirintangi untuk aku dapatkan citer ni, akhirnya aku berhasil perasankannya dalam komputer rumah aku, lepas 2 minggu abang aku download dan aku macam orang bodoh tanya kawan-kawan aku sape yang ada citer ni. Siyesly aku cakap, aku tertarik dengan citer ni pun sebab memang publisher dier memang pandai giler buat iklan.Ayat iklan dier yang based on true story tulah yang buatkan aku nak sangat tengok citer ni, bukan sebab poster dier yang ala-ala seram tu.
Alangkah bestnya kalau aku boleh jumpa The Warrens ni.
Aku rasa ada yang tak kena je dengan rumah aku ni,
Aku tengok citer ni dengan papa aku. Mula-mula tu aku memang tak bagi lah papa aku tengok sekali kan, manalah tau kot-kot citer ni memang scary giler sampai boleh buat papa aku kena heart-attack, tak ke naya. Maunya aku masuk penjara gara-gara tuduhan membunuh melalui filem, memang sangat sh**. Alhamdulillah, papa aku tak kena attack apa-apa cuma aku je yang kena heart-attack atas sebab-sebab tertentu.
Bagi sesiapa yang masih belum tengok citer ni, yelah kan sibuk sangat dengan kerja yang berlambak-lambak bukan macam aku yang kerjanya makan tidur je. Kalau korang jenis yang expectation tinggi macam aku, aku sarankan korang jangan tengok. Tapi bagi yang jenis tengok momok the movie pun menyorok dalam selimut, pun jangan tengok.
Sebabnya, bagi yang memang cari filem horror yang betul-betul horror, filem ni sedikit mengecewakan sebab ketakutan tu cuma sementara je, takdelah sampai mengigau, terkucil atas katil or ' awak, hantar saya sampai dalam rumah ek, saya takut lah. ' Kalau ada kaum Adam yang nak bawak girlfriend korang tengok citer ni, pastikan girlfriend korang tu jenis yang memang penakut, jenis yang lemah semangat sikit-sikit je pengsan, lepas tu sedar je tanya ' saya kat mana ni?' barulah syiok boleh hantar sampai dalam rumah. Citer ni memang sesuailah ditonton oleh golongan yang baru akil baligh sebab macam ada nilai murni kasih-sayang sikit part yang mak dia kena rasuk tu, lepas tu pompuan yang penghalau hantu, Minah, Lijah, apakenama tu suruh dia bayang masa dier ambik gambar kat pantai tu. Lepas tu, tak jadi bunuh anak dier, lepas tu menyesal, hantu keluar, hidup aman bahagia. Memang sesuai sangatlah kan.
Aku kena heart-attack masa citer ni sebab papa aku boleh gelak masa part yang hantu masuk dalam badan anak dier yang kecik tu, lalu depan kamera, kamera tu snap sendiri sebab ala-ala ada kuasa magnet kot. Papa aku cakap kalau kat Malaysia ni ada jual dia nak beli satu bagi dekat aku sebab aku memang suka ambik gambar candid. HAHAHA
Dah lah aku punya review, satu je aku nak pesan, jangan main nyorok-nyorok waktu malam sebab hantu kat Malaysia pun ada je yang suka sorok budak. Umi aku lah yang cakap masa aku kecik-kecik dulu. Betul ke tak, kena tanya umi aku dulu, manalah tau kot-kot dia berpengalaman.
![]() |