![]()
Hai. Welcome to my smiling blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Powered by Blogger.
|
'dia tu'
![]() ![]() Assalamualaikum... hadirin dan hadirat sekalian... HAHAHA hari ni, sempena penubuhan label baru (mengarut!) ni, nad akan gugurkan penggunaan nama mesra 'nad".. Rasa macam tak sesuai je kan kalau tulis cerita mengarut-mengarut tapi guna nama nad..cam geli jer.. Oleh itu, izinkan patik menggunakan kata ganti nama diri pertama 'aku' sahaja.. *patik lah sangat patin oi !! 3 minit kemudian... okay, check facebook dah, check twitter pun dah.. Sekarang boleh sambung dengan tajuk kita untuk hari ni.. *awat tiba-tiba jadi formal ni??? Aku nak tanya korang sikit, pernah tak korang dengar orang suka refer apa-apa benda je dengan 'benda tu?' Apa-apa je lah, termasuk orang sekali.. TAK PERNAH ???? takpe lah kalu korang tak pernah.. Korang patut bersyukur pun sebab orang cenggini memang menyakitkan hati sikit. Kalau dekat rumah aku tu, big boss aka papa aku memang sangat-sangat suka guna perkataan sumpahan ni.. HAHAHA sekali aku bagi perkataan sumpahan bagai.. :) Korang tak paham eh camne dan bila perkataan ni digunakan.. Okay, aku bagi contoh lah eh.. SITUASI 1 : papa : Tin, ambik 'benda tu' jap.. aku : Apa? papa : 'Benda tu' lah, yang warna hijau tu.. aku : Tupperware? papa : Bukan! 'benda tu' lah!! *pitching naik satu bar aku : macam lah kat dunia ni ada satu benda jer warna hijau! *muka memang bengang giler papa : Oloh, ada dekat atas meja tu aku : Cakap je lah lampu suluh.. *!@#$%^&*() SITUASI 2 :
papa : Umi tak pergi rumah 'dia tu' ke??
umi : Sape?
papa : Yang anak 'dia' kawen hari ni tu..
umi : Yelah, siapa??
papa : Alah, yang tinggal dengan anak 'dia' tu.
umi : memang lah tinggal dengan anak dia, kita pun tinggal dengan
anak kita..
papa : 'Yang tu' lah! Yang rumah warna hijau dekat masjid tu!
*dah mula naik angin
umi : @#$%^&*()
Memang situasi yang kat atas ni berlaku dalam rumah aku. Almost everyday. Sampai kitorang paham dengan sendiri apa yang papa aku maksudkan. Tapi memang pening berpusing-pusing jugaklah untuk paham, sampai jadi meleret-leret baru boleh tau apa yang papa aku maksudkan. Fuh! kekadang boleh hilang tahap kesabaran aku ni. Kalau aku hilang sabar memang boleh bergegar rumah aku tu dibuatnya. Memang berapi ah! Dah lah papa aku tu spesies panas baran, lahir tahun naga lah kot. Dia cakap 'pelik', bila orang tak paham mulalah dia naik angin. ENTAHPAPE. Tapi sekarang ni bila dia tengok orang nak marah dia akan cakap camni, "takkan lah tak paham lagi 'benda tu' apa! ". Aku akan jadi macam, 'What the h***!. Mujurlah dia pegang title papa, kalau tak memang @#$%^&* lah.. aku out dulu lah korang! nak pergi menunaikan kewajipan alam sat.. nanti tak pasal-pasal bocor pulak kat sini. HAKHAKHAK Labels: mengarut! ![]() |