keep smiling
Hai. Welcome to my smiling blog. Feel delightful to read something about me. Read the story back here :)




100% COPYRIGHT BY NADHIRAHMOHAMED
Powered by Blogger.
ya Allah, selamatkan keluarga Islam kami..


W.A.R.

Assalamualaikum.. :)
Ya Allah, what is happening to the world??
how we supposed to live in this critical situation??
they are fighting for the sake of Islam, but here we are fighting for the gold...
their kids are playing with the guns while our kids busy with the gadjets...
how can we laugh hard for a silly joke when they are wiping their blood and tears??

Saudaraku,
maafkan kami kerana tidak membantu ketika kalian memerlukan bantuan kami,
kami mempunyai senjata tetapi kami telah gunakannya untuk berperang sesama kami,
kami perlu membalas dendam terhadap setiap perbuatan musuh kami..
kami mempunyai bom tetapi kami telah menggunakannya untuk mengebom sesiapa yang kami suka,
kami bebas melakukan apa sahaja kerana kuasa di tangan kami..
kami mempunyai wang yang banyak tetapi kami telah menggunakannya untuk rasuah dan bazirkannya keatas barangan mewah,
kami harus mempertahankan kedudukan kami dan penampilan kami harus dijaga..
maafkan kami kerana diri kami lebih penting dari segala-galanya..

Ya Allah,
maafkan aku kerana tidak mampu membantu mereka,
suaraku tidak akan kedengaran di seluruh negara,
aku hanya mampu memberikan pendapatku di ceruk-ceruk terpencil,
tangan halusku tidak mampu menggoncang dunia,
jiwaku masih belum kuat untuk syahid dijalan-Mu,
aku takutkan kematian yang akan menjemputku pada bila-bila masa,
maafkan aku kerana aku tidak mempunyai apa-apa untukdisumbangkan kepada saudaraku,
makan pakaiku masih dijaga kedua orang tuaku..
Ya Allah,
aku cuma mampu berdoa agar Kau selamatkan mereka,
aku hanya mampu berdoa agar Kau menunjukkan jalan kepada mereka yang mendustaiMu,
balasilah mereka yang berdosa dengan balasan yang setimpal,
sedarkanlah mereka atas perbuatan kejam mereka kepada saudara-saudaraku,
perkenankanlah doaku Ya Allah..

God, make him stronger!!